Catatan

Kunci Berkata-kata

Imej
Bibir  Panahan, belaian, ketegasannya adalah kunci lahirkan jati diri lebih berharga. Terdiam kata bukan hinaan akal berfikir ruang terisi.  Tanpa didengar, jawapan ditekankan memberi masuk yang pelbagai, ada yang betul ada yang salah kasih diberi bimbingan dihati.  Cabaran harian bagaikan ancaman serta hinaan hakikatnya tidak, memberi peluang berfikiran matang dalam hadapi jawapan yang perbagai.  ***   Bertutur, berkata penderitaan hidup jangan terulang titisan yang sama, ucapan dan lafas permata kita perbaiki kata berharganya dia.  *** #bokzah

Penyegar Udara

Imej
Hidung Hembusan lembut seakan keluhan,  lelah menimpa, badan merana. Nafas disedut hilanglah kisah derita yang menimpa.  Hidup manusia perlu kan udara,  mempunyai pelbagai jenis, sifatnya dan keahlian. Habuk dan wap air sebahagian ia memberi kesan yang berbeza. Perbuatan, pergerakkan seakan udara, baik dan buruk ada padanya, roda hidup sebegitu rupanya saling melengkapi hingga penamat.  *** Kaki menghentak seakan manusia tanpa ku sedar itu binatang bersangka baiklah kepada insan itulah lumrah alam *** #bokzah

Sinaran Cahaya

Imej
MATA Anugerah pemberian tidak terhitung keagungannya, kehebatan ,pancaran nikmat yang infinite dalam hidup manusia.  Hakikatnya,penerima terhebat itu tetap mencari sinar yang sentiasa bersinar dihadapannya dengan pancaran yang bergelita.  Fahamilah,setiap kesakitan beracun yang kita lalui bukan pengakhiran dalam usaha malah penawar dan penawar terbaik bagi racun yang bakal dihadapi.  *** Cahaya menghilang gelap pun tiba, lelah dan ujian berhubung waktunya. Sabar dah tabah penawar hidup.  *** #bokzah

Hargailah Diri

Imej
💗💚 Diri Berapa umur anda.? -Biarlah rahsia- Adik, kakak ,abang, miss atau puan sekalipun umur setiap manusia tetap berbeza-beza ada yang berbeza tahun, bulan, hari, jam mahupun sesaat.  Sikap serta sifat-sifat yang terbentuk dalam diri kita semua hasil dari pemahaman, penelitian, penilaian kita daripada persekitaran sepanjang hidup masing-masing.  Pilihan terbaik adalah memahami kehendak hati, kewarasan akal, kelembutan adap manusia serta pengakhiran yang berharga.  *** Jangan sesekali memandang lemah / hina seseorang yang kita temukan,  sesungguhnya dia harta yang perlu kita cungkil nilai tertingginya  *** #bokzah

unsur gaya bahasa (genre sastera)

Unsur gaya bahasa 1)  Ansonansi -pengulangan bunyi vokal  (aeiou)sama dalam satu baris - contoh : a n a k a y a m dis a mb a r hel a ng 2) Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan (selain aeiou) yang sama dalam satu baris. - contoh : wa n ita ma n a n gis seora n g diri 3) Epifora -Pengulan kata di akhir baris. - contoh : Kali ini               Kita biarkanlah perpisahan ini 4) Responsi - Pengulangan kata di tengah baris - contoh : Tenaga yang sedang gilang - gemilang                Berat yang dapat dijulang  5) Anafora - Pengulangan kata di awal daris. - contoh : Kawan ketawa ramai selalu                Kawan menagis seorang diri 6) Repetisi - pengulangan kata dibaris yang sama . - contoh : pandai melompat, pandai menari 7) Hiperbola   -pengulangan yang melampau \ berlebih-lebih - contoh ...

ciri-ciri seorang pengawas

Imej
Tips soalan temu duga pengawas sekolah Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas? Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah? Berikan 2 guru disiplin yang anda kenal? Berikan 3 ciri-ciri seorang pengawas yang ada pada diri anda? Apakan masalah yang bakal dihadapi oleh seorang pengawas? Adakan anda mempunyai pengalaman menjadi pengawas sekolah? Dapatkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian? Apakah tindakan anda sekiranya anda dibuli semasa menjalankan tugas? Ciri-ciri seorang pengawas anda mesti bersikap   jujur dan   tidak pentingkan pujian. seorang pengawas mestilah   berani memberi   soalah   dan   jawapan   yang difikirkan baik. seorang pengawas haruslah   bersikap positif dan terbuka bagi memberi sebarang tindakan. anda harus   berani dan sangg...