Catatan

Terasa Hati

Imej
Teratai pagi indah bersemi memberi manfaat indah sekali.  Wahai manusia terus mencari, tetaplah bertahan sampi berhasil.  Cuaca sejuk mangangu diri tetap bertahan sampi akhir, wahai diri teruslah mencari susah hati senang dicari.  Wahai adik wahai kakak ingatlah diri terus berbakti. Bukan mudah mencari rezeki terus tabah sampi akhir.  Pernah terjerat jangan menyesal ,ia berlaku tanpa diminta. Memang sakit badan binasa tanpa berkata jiwa merana. 

petang Berlaku

Imej
Bangun pagi gosot gigi, cuci muka pakai baju. Itulah kita menusia hidup.  Hidup ini perlukan hiburan sepeti Radio serta television. Betulah hiburan penting untuk kita yang mencari ketenangan ini.  Ketenagan diharapkan bukanlah sesuatu yang baik. Jadi semuanya hanya sebahagian usaha dalam menerima sebarang ketidak pastian ini.  Pagi bagai burung mancari makanan,  Panas menjerma malah ikan yang keletihan, setiap tindakan ada halagan jadi hadapilah dengan tenang.  Petang berlalu cahaya pengelap, malam yang tenang akhirnya tiba, tenaga positif mahupun negetif tetaplah  nilai jiwa hidup.  #bokzah

Setangkai Padi

Imej
Persoalan??  Bagaimana hidup dengan mengharapkan pujian orang?  Adakah setiap pujian bagaikan data robot yang telah diprogram ? Kenapa manusia perlu untuk yang dinilai dan dihukum?  Salahkan kita dalam menilai mereka yang dihukum?  Bukankan manusia suka menghukum dalam pelbagai keadaan?  Adakan semua manusia sama?  Jadi Hidup tanpa ujian siapalah kita. Bertahanlah macam mana sekalipun tetap tekanan, hinaan malah pujian sekalipun terus menjadi cabaran dalam mendapatkan jawapan ini.  Hakikatnya, jawapan terletak pada penilaiaan kita terhadap diri sendiri. Mereka yang hadir tidak mungkin berakhir jadi penerimaan kita dalam menghadapi cabaran adalah yang terbaik.  *bokzah

Pelangi Hidup

Imej
Warna Senja Bayangan  warna hadir dengan beribu persoalan tanpa diminta memberi kebahagian setiap persoalan bukanlah halangan. Carilah jawapan dengan tenang Warna yang indah senyuman terukir tanpa sedar kegelapan menghampiri. Itulah hakikat sinar cahaya memberi harapan dan duka.  Jadi percayalah diri itu sinar cahaya dengan usaha dan keyakinan tinggi. Yakinlah setiap kesalahan adalah langkah terbaik memperbaiki kelemahan diri.  #bokzah

Pejamkan Matamu

Imej
***Pejamkan Mata*** Tenangkan fikiran dalam usaha mencapai ketenangan diri, segala usaha yang dicipta bukanlah sesuatu yang pasti.  Perjuangan adalah usaha dalam mencapai matlamat yang kita impikan. Pastikan langkah dilalui adalah terbaik.  Ingatkan perjuangan ini pasti ada cacat celanya tanpa diharapkan. Tetaplah melangkah dalam mencapainya.  ***Bokzah***

Bekerja Keras

Imej
Rezeki ****** Duit segalanya dalam kehidupan kedepan dan sekarang. Menafi realiti ini kesilapan terbesar dalam hidupnya. Berjuta alasan & keluhan cukup membuktikan bukan mudah mendapatkan ia.  Tekanan sekeliling sebenarnya membantu kita menjadi lebih baik. Penerimaan sesuatu bergantung pemikiran kita dalam menilai baik mahupun sebaliknya.  Belajar dalam memaksakan diri untuk berkerja walaupun halangan yang dicipta terjadi. Hasilnya perlukan usaha dan tabah kita dalam mengubahnya.  *** bokzah ****

Nilai Kerisauannya

Imej
LIDAH  *** Kiri kanan hentakan kaki berjalan,  Aduh sakitnya kaki terasa,  Mulut terucap keluhan kedengaran,  Rupanya hanyalah cebisan rasa.  Pedih di pipi kemerahan dilihat,  Bengkak tersara hanyalah luaran,  Sabar terdetik harap selamat,  Nilai dibuat penentu pilihannya.  Sedih hidup sebahagian kehidupan sabarlah kita selagimana kita mampu. Sabar, redho &berbudi bahaslah pilihan terbaik.  *** NaSyat

Sedarlah Kita

Imej
*** Setiap kesalahan dilakukan seseorang pasti hinaan dan makian dihalalkan tanpa kita sedar. Kelemahan yang dilihat pagi petang malam hanya sisi luarannya.  Kita perlu sedar setiap tomahan kita lafaskan ialah ujian bagi kita. Setiap penilaian kita terhadapnya menunjukkan bertapa cerdas kita dalam menilaikan sesuatu.  Sedarlah wahai diri hakikatnya setiap nilai yang kita pilih baik mahupun buruk adalah pendirian kita. Pendirian yang kita tetapkan selagi memberi manfaat kepada diri & sekeliling itu yang terbaik.  *** SABARLAH

Jawapan Terbaik

Imej
Kenapa kadang-kadang kita tertanya soalan yang tiada jawapan,  malah soalan terlalu mudah berkaitan orang sekeliling kita. Kehairanan keputusan yang dibuat bagi kita tidak perlu.  Hakikat hidup ini sesuatu diluar jangkaan kita tanpa disedari.  Pilihan orang sekeliling kita bagi mereka adalah terbaik sebenarnya berlawan dengan kehendak sebenar. Belajar menerima pendapat orang sekeliling kita. Penerimaan pendapat bukan bermaksud kita setuju dengan sepenuh hati.  Sebenarnya kita yang menilai dan membuat keputusan terbaik berdasarkan maklumat yang disampaikan olehnya .

Tetapkan Pendirian

Imej
Hakikatnya bukan mudah mempertahankan kehendak diri. Orang sekeliling kita tidak semestinya mempercayai apa yang dikatakan, malah luahan perasaan hati.  Segala penat lelah yang kita lalu tidak dapat dirasai oleh sesiapa. Pilihan kita percayalah pada kehendak diri sendiri dan pastikan pilihan yang dibuat adalah terbaik.  Peringatan terbaik janganlah membuat keputusan yang tergesa yang memakan diri sendiri. Sabar dan rancangan sesuatu dengan sebaik mungkin, percayalah segala pilihan akan ada hasil terbaik yang mendatang.  #bokzah

Kunci Berkata-kata

Imej
Bibir  Panahan, belaian, ketegasannya adalah kunci lahirkan jati diri lebih berharga. Terdiam kata bukan hinaan akal berfikir ruang terisi.  Tanpa didengar, jawapan ditekankan memberi masuk yang pelbagai, ada yang betul ada yang salah kasih diberi bimbingan dihati.  Cabaran harian bagaikan ancaman serta hinaan hakikatnya tidak, memberi peluang berfikiran matang dalam hadapi jawapan yang perbagai.  ***   Bertutur, berkata penderitaan hidup jangan terulang titisan yang sama, ucapan dan lafas permata kita perbaiki kata berharganya dia.  *** #bokzah

Penyegar Udara

Imej
Hidung Hembusan lembut seakan keluhan,  lelah menimpa, badan merana. Nafas disedut hilanglah kisah derita yang menimpa.  Hidup manusia perlu kan udara,  mempunyai pelbagai jenis, sifatnya dan keahlian. Habuk dan wap air sebahagian ia memberi kesan yang berbeza. Perbuatan, pergerakkan seakan udara, baik dan buruk ada padanya, roda hidup sebegitu rupanya saling melengkapi hingga penamat.  *** Kaki menghentak seakan manusia tanpa ku sedar itu binatang bersangka baiklah kepada insan itulah lumrah alam *** #bokzah

Sinaran Cahaya

Imej
MATA Anugerah pemberian tidak terhitung keagungannya, kehebatan ,pancaran nikmat yang infinite dalam hidup manusia.  Hakikatnya,penerima terhebat itu tetap mencari sinar yang sentiasa bersinar dihadapannya dengan pancaran yang bergelita.  Fahamilah,setiap kesakitan beracun yang kita lalui bukan pengakhiran dalam usaha malah penawar dan penawar terbaik bagi racun yang bakal dihadapi.  *** Cahaya menghilang gelap pun tiba, lelah dan ujian berhubung waktunya. Sabar dah tabah penawar hidup.  *** #bokzah

Hargailah Diri

Imej
💗💚 Diri Berapa umur anda.? -Biarlah rahsia- Adik, kakak ,abang, miss atau puan sekalipun umur setiap manusia tetap berbeza-beza ada yang berbeza tahun, bulan, hari, jam mahupun sesaat.  Sikap serta sifat-sifat yang terbentuk dalam diri kita semua hasil dari pemahaman, penelitian, penilaian kita daripada persekitaran sepanjang hidup masing-masing.  Pilihan terbaik adalah memahami kehendak hati, kewarasan akal, kelembutan adap manusia serta pengakhiran yang berharga.  *** Jangan sesekali memandang lemah / hina seseorang yang kita temukan,  sesungguhnya dia harta yang perlu kita cungkil nilai tertingginya  *** #bokzah

unsur gaya bahasa (genre sastera)

Unsur gaya bahasa 1)  Ansonansi -pengulangan bunyi vokal  (aeiou)sama dalam satu baris - contoh : a n a k a y a m dis a mb a r hel a ng 2) Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan (selain aeiou) yang sama dalam satu baris. - contoh : wa n ita ma n a n gis seora n g diri 3) Epifora -Pengulan kata di akhir baris. - contoh : Kali ini               Kita biarkanlah perpisahan ini 4) Responsi - Pengulangan kata di tengah baris - contoh : Tenaga yang sedang gilang - gemilang                Berat yang dapat dijulang  5) Anafora - Pengulangan kata di awal daris. - contoh : Kawan ketawa ramai selalu                Kawan menagis seorang diri 6) Repetisi - pengulangan kata dibaris yang sama . - contoh : pandai melompat, pandai menari 7) Hiperbola   -pengulangan yang melampau \ berlebih-lebih - contoh ...

ciri-ciri seorang pengawas

Imej
Tips soalan temu duga pengawas sekolah Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas? Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah? Berikan 2 guru disiplin yang anda kenal? Berikan 3 ciri-ciri seorang pengawas yang ada pada diri anda? Apakan masalah yang bakal dihadapi oleh seorang pengawas? Adakan anda mempunyai pengalaman menjadi pengawas sekolah? Dapatkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian? Apakah tindakan anda sekiranya anda dibuli semasa menjalankan tugas? Ciri-ciri seorang pengawas anda mesti bersikap   jujur dan   tidak pentingkan pujian. seorang pengawas mestilah   berani memberi   soalah   dan   jawapan   yang difikirkan baik. seorang pengawas haruslah   bersikap positif dan terbuka bagi memberi sebarang tindakan. anda harus   berani dan sangg...